Thursday, February 1, 2018

SEJARAH SEKOLAH



Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Taman Hitech merupakan sebuah sekolah rendah  yang terletak di Jalan Ktc 5, Kulim Hi-Tech Park.

Pada tahun 2018, Sekolah Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Taman Hitech memiliki 1067 orang pelajar, 72 orang guru dan 8 orang staf.

Sejarah

v  Sekolah  Kebangsaan  Taman  Hi-Tech  mula  beroperasi  pada  sesi  persekolahan  2003.  Terletak  di  kawasan  perindustrian  berteknologi  tinggi  yang  dahulunya  merupakan  sebuah  ladang  kelapa  sawit.  Sekolah  ini  di  kelilingi  taman  perumahan dan  berhadapan  dengan  Kulim  Golf  Kelab.  Peringkat  permulaannya  pentadbiran  di  ketuai  oleh  Encik  Mohd  Zailan  bin  Ariffin  sebagai  Guru  Besar.  Beliau  dibantu  oleh  Encik  Mohd  Rapheal bin  Zakarudin  sebagai  Penolong  Kanan  Pentadbiran,  Encik  Mohamad  Radzi  bin  Ibrahim  sebagai  Penolong  Kanan  Hal  Ehwal  Murid  dan  Encik Fadzil  bin  Darus  sebagai  Penolong  Kanan  Ko-Kurikulum.

v  Pada  tahun  2006  pentadbiran  SKTHT  berlaku  perubahan  apabila Encik  Rapheal  bin  Zakarudin  telah  bertukar  dan  kekosongan  itu  ditugaskan  kepada  Encik  Mohamad  Radzi  bin  Ibrahim,  Penolong  Kanan  Hal  Ehwal  Murid  disandang  oleh  Puan  Suzanna  binti  Md  Saad.  Mulai  sesi  persekolahan  tahun  2008  berlaku  lagi  pertukaran  pentadbiran.  Encik  Ramly  bin  Othman  seorang  pentadbir  yang  berwawasan  dan  berfikiran  jauh  telah  menggantikan  Encik  Mohd  Zailan  bin  Ariffin  yang  bertukar  ke  Sekolah  Kebangsaan  Sri  Kulim  sebagai  Guru  Besar  cemerlang  DGA 38. 

v  Pada  tahun  2011  berlaku  lagi  perubahan  pentadbiran, apabila  Puan  Suzanna binti  Md  Saad  sebagai  Penolong  Kanan  Hal  Ehwal  Murid  telah  bertukar,  tempatnya  diambil alih  oleh  Puan  Nor Azian  binti Mohamed  Jamal,  manakala  Penolong  Kanan  Ko-Kurikulum  pula  telah  diambil  alih  oleh  Puan  Che  Som  binti  Said.

v  Pada  tahun 2013  berlaku  sekali lagi  perubahan  apabila  Puan Hajah Wan Soraiya Bte Wan Yahaya mengambil alih kepimpinan SK  Taman Hi-Tech.  Penolong Kanan  Pentadbiran pula disandang  oleh  Puan Hajah  Noridah Bte Ahmad,  Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  diambil alih  oleh  Puan Nor Azian Bte Mohamed Jamal, manakala  Penolong  Kanan  Ko Kurikulum  disandang oleh Cik Khatijah Bte Ahmad. Pada 2014 berlaku pertukaran apabila Encik Mohamad Nawar Bin Said mengambil alih jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

v  Pada bulan Ogos 2017 SK Taman Hi-Tech diterajui pentadbir-pentadbir baru diketuai oleh Tuan Hj.Jaafar bin Ahmad dibantu oleh Puan Normawati binti Abdul Hamid (Penolong Kanan Pentadbiran), Pn.Kartine binti Sepawi (Penolong Kanan HEM) dan Encik Mohd Shamsuddin bin Mamat (Penolong Kanan Kokurikulum).

No comments:

Post a Comment