SK TAMAN HI-TECH KULIM KEDAH
Saturday, February 3, 2018
Friday, February 2, 2018
Thursday, February 1, 2018
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kluster
Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Taman Hitech merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Jalan Ktc 5, Kulim Hi-Tech
Park.
Pada tahun 2018, Sekolah
Kluster Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Taman Hitech memiliki 1067 orang
pelajar, 72 orang guru dan 8 orang staf.
Sejarah
v Sekolah Kebangsaan
Taman Hi-Tech mula
beroperasi pada sesi
persekolahan 2003. Terletak
di kawasan perindustrian
berteknologi tinggi yang
dahulunya merupakan sebuah
ladang kelapa sawit.
Sekolah ini di
kelilingi taman perumahan dan
berhadapan dengan Kulim
Golf Kelab. Peringkat
permulaannya pentadbiran di
ketuai oleh Encik
Mohd Zailan bin
Ariffin sebagai Guru
Besar. Beliau dibantu
oleh Encik Mohd
Rapheal bin Zakarudin sebagai
Penolong Kanan Pentadbiran,
Encik Mohamad Radzi
bin Ibrahim sebagai
Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid dan
Encik Fadzil bin Darus
sebagai Penolong Kanan
Ko-Kurikulum.
v Pada tahun
2006 pentadbiran SKTHT
berlaku perubahan apabila Encik
Rapheal bin Zakarudin
telah bertukar dan
kekosongan itu ditugaskan
kepada Encik Mohamad
Radzi bin Ibrahim,
Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid disandang
oleh Puan Suzanna
binti Md Saad.
Mulai sesi persekolahan
tahun 2008 berlaku
lagi pertukaran pentadbiran.
Encik Ramly bin
Othman seorang pentadbir
yang berwawasan dan
berfikiran jauh telah
menggantikan Encik Mohd
Zailan bin Ariffin
yang bertukar ke
Sekolah Kebangsaan Sri
Kulim sebagai Guru
Besar cemerlang DGA 38.
v Pada tahun
2011 berlaku lagi
perubahan pentadbiran,
apabila Puan Suzanna binti
Md Saad sebagai
Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid telah
bertukar, tempatnya diambil alih
oleh Puan Nor Azian
binti Mohamed Jamal, manakala
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
pula telah diambil
alih oleh Puan
Che Som binti
Said.
v Pada tahun 2013
berlaku sekali lagi perubahan
apabila Puan Hajah Wan Soraiya
Bte Wan Yahaya mengambil alih kepimpinan SK
Taman Hi-Tech. Penolong
Kanan Pentadbiran pula disandang oleh
Puan Hajah Noridah Bte
Ahmad, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid diambil alih oleh
Puan Nor Azian Bte Mohamed Jamal, manakala Penolong
Kanan Ko Kurikulum disandang oleh Cik Khatijah Bte Ahmad. Pada
2014 berlaku pertukaran apabila Encik Mohamad Nawar Bin Said mengambil alih
jawatan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
v Pada
bulan Ogos 2017 SK Taman Hi-Tech diterajui pentadbir-pentadbir baru diketuai
oleh Tuan Hj.Jaafar bin Ahmad dibantu oleh Puan Normawati binti Abdul Hamid
(Penolong Kanan Pentadbiran), Pn.Kartine binti Sepawi (Penolong Kanan HEM) dan
Encik Mohd Shamsuddin bin Mamat (Penolong Kanan Kokurikulum).
Subscribe to:
Posts (Atom)